Wednesday 21 December 2011

Ibu..

Assalamualaikum..



Hari ni saya terlalu ingatkan ibu saya. Jadi, Saya buat la entry ni, entry ni panjang sikit daripada biasa hehehe.. Tentang ibu.. Betapa dasyatnya doa seorang ibu, betapa seorang ibu disayangi Allah..Kita selalu ada masa bersama kawan-kawan tapi dengan seorang ibu.. Ibu tak pernah jemu melihat wajah kita tapi kita, nak menatap wajah ibu bukan main susah lagi..

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak..

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.

  1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  2. Membaca quran sehingga menitis air mata.
  3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.


3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok ketika mereka sedang tidur!

  1. Anak.
  2. Ibu.
  3. Suami.


Ini terkeluar topik sikit. Walaupun saya belum berkahwin tapi saya pernah dengar seorang ustaz berkata, kalau ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka suami ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya.. Macam menangis dalam hati je la, bukan tak menangis langsung tapi berpada-pada. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu sebelum Allah menarik nikmat tersebut.


Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.


Sesiapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang jika ibunya sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Jadi tak kiralah samaada ibu telah meninggal atau tidak, setiap kali selesai solat, kita mesti doakannya. Doa yang baik-baik tau bukan yang buruk-buruk.


Hargai lah ibu kita..

No comments:

Post a Comment