Tuesday 20 December 2011

Begini akhirnya..



ARIFF ALFIAN ROSLI SUDAH KAHWINI PASANGAN GAY JONATHAN

Ariff Alfian Rosli telah mencetuskan kontroversi terbesar bagi negara kita Malaysia. Tidak perlu ditanya lagi siapa sebenarnya Ariff Alfian kerana semua sudah mengetahui ceritanya. Ariff Alfian merupakan seorang pelajar jurusan perubatan tajaan Petronas. Sebelum ini pelajar ini telah dilaporkan hilang selama 3 tahun. Menurut ayah dan ibunya, Rosli Haron dan Kamariah Hashim, mereka telah lapan kali pergi ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya tetapi tidak berjaya mengesan Ariff. Namun kini, berita terbaru anaknya Ariff Alfian Rosli dilaporkan telah dikahwini lelaki gay dari Dublin.



Segala misteri kehilangan pelajar perubatan tajaan Petronas dari Malaysia ini akhirnya terjawab. Ariff sebenarnya telah berkahwin dengan pasangan gaynya Jonathan. Berita ini sangat mengecewakan keluarga Aliff Alfian Rosli dan seluruh warga Malaysia kerana dia merupakan harapan bangsa dan bakal berkhidmat untuk masyarakat suatu hari nanti, namun tidak sampai tamat pengajiannya dia telahpun mengecewakan bangsa dan agama sendiri.



Perkahwinan sejenis sangat dilarang di dalam agama Islam namun pelajar ini tanpa segan silu berkahwin dengan pasangan sejenis. Berita ini mengejutkan umat Islam dan seluruh warga di Malaysia. Diharapkan supaya Ariff Alfian Rosli akan insaf suatu hari nanti. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas untuknya.



sumber : beautifulnara

No comments:

Post a Comment