Tuesday 7 February 2012

Cinta

Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah mengabulkan semua doanya itu.

Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka.

Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa.

Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T.

Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu.

Hingga suatu saat si Adik meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya:

“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.”

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Moral daripada kisah ini ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah.

Sunday 15 January 2012

Cabaran Itu Tanda Allah Ingatkan Kita..

Keindahan berdepan dengan cabaran adalah satu perkara yang tidak wajar dilepaskan. Mengapa disebut keindahan walhal cabaran bukanlah sesuatu yang indah bila dikenang. Tetapi ianya mempunyai value untuk dikenang dan dihargai sebagai satu pemangkin menuju kejayaan. Setiap keadaan yang membuatkan kita rasa tersepit pasti tersembunyi hikmah Allah di dalamnya.

Tak ada sesuatu pun cabaran yang ingin kita jadikan sebagai tempo kemusnahan. Cabaran yang dilalui menuntut erti kesabaran, pergorbanan maupun kesakitan. Hanya mereka yang mampu menghargai dan mengharungi erti cabaran sebenarnya sahaja mampu mengenal erti keindahan.

Baca sahajalah Sirah Rasulullah saw Muhammad bin Abdullah. Rasulullah saw mengambil masa yang lama berdepan dengan cabaran demi cabaran akhirnya, keindahan menjelma dan islam di puncak kejayaan. Baca sahajalah kisah baginda saw dengan pembesar Quraisy, penduduk Taif dan golongan Yahudi di Madinah. Begitu besarnya cabaran dan dugaan yang dihadapi namun Allah telah menjanjikan kemenangan buat golongan yang bersabar dan ridha di atas dugaan dan cabaran itu.

Mari kita lihat keindahan gunung yang tinggi mengawan. Keindahan itu sememangnya tidak menyembunyikan cabaran dan dugaan.  Samaada anda orang pertama yang mendakinya, ataupun cuma mengira denai yang disediakan,setiap puncak tinggi itu tidak pernah mengenal erti belas kasihan kepada sesiapa sahaja. Bezanya, jika anda orang pertama yang berjaya mencipta jalan pendakiannya, sudah pasti anda akan dikenang dalam lipatan sejarah. Sekali lagi, keindahan dirasai selepas mengharungi cabaran dan dugaan.

Jangan takut untuk berdepan dengan cabaran dan halangan serta dugaan kerana kita tidak tahu setiap nilai yang akan diperolehi sebaik sahaja jita berjaya mengharungi setiap situasi itu. Berusaha untuk terus berdepan dengan setiap situasi ini.

Jika anda gagal mengharunginya, berundurlah dan cipta peluang yang lain di waktu ketika yang lain. Tidak perlu memaksa diri. Gagal pada setiap percubaan tidak bererti datangnya hari kiamat ataupun hukuman dari Tuhan. Bila keadaan ini berlaku, cuma ada 3 pilihan sahaja yang boleh diambil

Menyerah kalah pada keadaan. Ia bermaksud, anda totally kalah,
Berkompromi dengan keadaan dan situasi. Anda menunggu masa yang sesuai untuk bertindak dengan perancangan yang baru, sementara rancangan yang lama masih lagi berlangsung. Keadaan ini akan membawa anda dalam situasi seri atau separuh menang.
Mengundurkan diri daripada setiap situasi tersebut. 

Kesukaran mengharungi cabaran serta dugaan dan rintangan mampu membuatkan kehidupan diselubungi dengan sikap putus asa yang akhirnya menjurus kepada kegagalan .

Bila tiba di sini, fikirlah akan keindahan pada erti kegagalan itu. Berfikiran positif, mengaktifkan pegangan Law Of Attraction adalah perkara awal yang perlu dilakukan dengan segera. Hapuskan setiap ketakutan bila anda mula dikuasai dengan  kegagalan. Ingatlah, setiap dugaan, halangan dan cabaran tersembunyi akan keindahan.

Ingatlah di waktu Allah menggantikan panas yang terik dengan hujan lebat, tiada insan yang akan bergembira dengan keadaan ini melainkan mereka yang sedia maklum akan situasi ini. Mereka tahu  apabila hujan hampir berhenti,akan muncul pelangi yang indah menghiburkan hati yang gundah.

Carilah keindahan yang tersimpan rapi di sebalik dugaan, halangan dan cubaan seperti mana dalamnya lautan tetapi tersimpan khazanah yang sukar diterokai namun hanya segelintir sahaja yang berjaya sampai di dasarnya.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya mengharungi cabaran, halangan dan dugaan. Seterusnya memenangi keindahan yang tersembunyi di dalamnya dengan izin Allah. InsyaAllah..Allah sentiasa bersama kita..

Friday 13 January 2012

Lelaki Dan Wanita

Kita selalu mempersoalkan keadilan terhadap lelaki dan wanita. Tetapi kita lupa, Allah itu Maha Adil. Setiap yang diciptaNya pasti mempunyai sebab tersendiri. 

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki  bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN???

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun  isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Bagi seorang wanita, auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki, perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya, saksinya kurang berbanding lelaki,menerima pusaka kurang dari lelaki, perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak, wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya, talak terletak di tangan suami dan bukan isteri, wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki dan banyak lagi yang mungkin tidak tertafsir oleh akal kita.

Pernahkah kita lihat sebaliknya???

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ???

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 

1. ibunya 
2. isterinya 
3. anak perempuannya 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 

1. suaminya
2.ayahnya 
3. anak lelakinya 
4. saudara lelakinya 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!!!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Bertunang Diharuskan..

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan dalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia. 

Walaubagaimanapun terdapat tatasusila atau batas-batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab - adab bertunang (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) 

Adapun adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian : 

1.Adab dalam bergaul 
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing . 

  1. Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).Seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
  2. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. 
  3. Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat. 
  4. Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja. 
  5. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. 


#kesimpulannya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan . 

2. Tempoh pertunangan 

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata ereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Di sini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana: 

1 . Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertunangan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri. 

2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya 

3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram. 

4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja. 

5 . Dan banyak lagi yang mungki saudari boleh fikirkan sendiri.

Monday 9 January 2012

Kalimah Allah di Bumi Afrika


Gambar ini diperoleh dari salah satu satelit. Di gambar ini terpapar kalimah Allah di bumi dan setelah dikaji, negara tersebut ialah Afrika.
Sungguh besar kuasa Allah.

Bukit Berwajah Manusia


Gambar ini telah diabadikan oleh seorang fotografer yang mengambil gambar di sebuah bukit di salah satu kawasan peninggalan sejarah Machu Picchu, Peru. 
(Sekarang diisytiharkan sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia moden). 
Setelah gambar ini diputar 90 darjah, kelihatan gambar wajah manusia.

Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Berkilau






Gambar Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi oleh AS pada 31 Oktober 1999, menampilkan fenomena menakjubkan. Hanya bahagian Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi sahaja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya nampak lebih gelap. 
Subhanallah... 


(sumber: http://www.spaceimaging.com/gallery/ioweek/archive/01-12-09/index.htm)